Datuk Sng buat laporan polis di Ulu Lanang 0 6505

SIBU: Bapa kepada Ahli Parlimen Larry Sng iaitu Datuk Sng Chee Hua hari ini telah tampil membuat laporan polis berhubung fitnah yang mengaitkannya dengan sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit, telah mengesahkan ahli perniagaan terkemuka berusia 71 itu membuat laporan polis di Balai Polis Ulu Lanang sekitar jam 11.56 pagi tadi.

Laporan polis telah dibuat oleh Datuk Sng susulan satu fitnah di sosial media baru-baru ini yang yang memburukkan namanya.

Setakat ini laporan polis dan kes masih dalam siasatan pihak polis.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13129

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12502

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news