2 pencari lokan sesat ditemui selamat di Bako 0 5740

SALAH seorang dari dua mangsa yang sesat selama enam jam ketika mencari lokan di hutan Tabu, Bako, diberi minuman oleh pasukan SAR setelah berjaya ditemui pada jarak satu kilometer dari pusat operasi sementara di lokasi kejadian. – Foto Ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Kuching: Dua sahabat yang juga pencari lokan berdepan detik cemas selepas sesat di hutan Tabu, Bako, di sini malam tadi.

Mangsa, Yong Umbi, 56 dan Rubiah Yuki, 63, keluar mencari lokan di hutan berkenaan jam 9 pagi semalam.

Namun, mereka dikatakan terlupa jalan keluar sehingga terpaksa ‘berlegar’ di kawasan hutan berkenaan lebih enam jam.

Difahamkan, penduduk kampung sekitar sering ke hutan berhampiran laut untuk mencari lokan bagi dijual atau kegunaan sendiri.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Petrajaya, Awang Afendi Awang Daud berkata, dua wanita itu bagaimanapun berjaya ditemui jam 8.30 malam.

Katanya, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui mangsa pada jarak satu kilometer dari pusat operasi sementara yang dibuka di lokasi kejadian.

“Mangsa ditemui dalam keadaan selamat namun lemah kerana keletihan selepas cuba mencari jalan keluar.

“Operasi ditamatkan jam 9 malam selepas kedua-dua mangsa berjaya dibawa keluar dari lokasi penemuan,” katanya. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15390

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8417

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news