2 samseng masuk lokap kerana mencederakan orang di Bintulu 0 7067

Bintulu: Tindakan dua samseng ‘taik minyak’, dipercayah diupah sebuah syarikat peminjam wang, mencederakan seorang lelaki membawa padah selepas ditahan polis di Bintulu semalam.

Lelaki berusia 24 dan 25 tahun iti ditahan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu jam 3.50 petang selepas menyerah diri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, suspek bekerja dengan sebuah syarikat pinjaman wang di Bintulu.

Menurutnya, mereka kemudian ditugaskan untuk mengutip wang berjumlah RM3,800 daripada seorang lelaki berusia 28 tahun di premis pinjaman wang di Jalan Abang Galau, Bintulu, jam 9.20 pagi pada Jumaat lalu.

Beliau berkata, mangsa yang bekerja sebagai pembantu am di sebuah jabatan kerajaan bagaimanapun gagal melunaskan pinjaman yang dibuat.

“Perbincangan kemudian bertukar tegang apabila suspek berterusan memaksa mangsa membuat bayaran.

“Mangsa bagaimanapun tidak dapat melunaskan bayaran menyebabkan suspek berang sebelum menumbuk kepala dan muka mangsa,” katanya ketika dihubungi NSTP, di sini, hari ini.

Mustafa berkata, mangsa yang mengalami bengkak dan lebam pada muka serta kepala kemudian bergegas meninggalkan premis sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Bintulu hari yang sama.

Menurutnya, berdasarkan laporan yang diterima polis meminta suspek untuk hadir memberi keterangan.

“Suspek kemudian ditahan polis untuk siasatan lanjut dan Mahkamah Majistret Bintulu membenarkan tahanan reman selama tiga hari bermula hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 29B Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 iaitu kesalahan gangguan atau ugutan dan lain-lain kepada peminjam yang boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun dan sebatan jika sabit kesalahan,” katanya.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13006

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12480

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news