22 Julai, Hari Kemerdekaan Sarawak dan bukannya Hari Sarawak – S4S 0 6056

KUCHING: Pergerakan Sarawak for Sarawakians (S4S) menggesa kerajaan negeri untuk memperbetulkan semula sambutan Hari Sarawak pada 22 Julai kepada Hari Kemerdekaan Sarawak.

Jurucakap S4S, Erick Chin berkata ketika masa Allahyarham Tok Nan, tanggal 22 Julai telah diwartakan sebagai Hari Kemerdekaan Sarawak oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 20 Mei 2016 ditandatangi oleh Yang di-Pertua Negeri.

“Tetapi tidak tahu mengapa Kerajaan Sarawak menukarnya kepada Hari Sarawak sedangkan ia telah diwartakan sebagai Hari Kemerdekaan Sarawak.

“S4S ikut apa yang diwartakan dan teruskan dengan sambutan Hari Kemerdekaan Sarawak kerana tiada siapa boleh ubah apa yang telah diwartakan melainkan DUN Sarawak.

“Atas sebab itu kami menasihatkan Kerajaan Sarawak untuk mengikuti peraturan atau perlembagaan yang telah diwartakan,” katanya pada sidang media mengenai sambutan Hari Kemerdekaan Sarawak 722 di Awah Cafe yang terletak di Kompleks Persatuan Dayak Bidayuh Kebangsaan (DBNA) di sini, hari ini.

Bercakap mengenai sambutan tersebut, pengerusi penganjurnya William Mangor berkata pihaknya mempelawa rakyat Sarawak untuk menyertai sambutan di Padang Ragbi Song Kheng Hai di sini pada 22 Julai..

Anjuran Pertubuhan Kajian Seni Kraftangan Tradisional Kuching dengan kerjasama S4S, sambutan akan bermula dengan perarakan pada pukul 7 pagi dari Padang Jubilee ke Padang Ragbi Song Kheng Hai.

Setiba di Padang Ragbi Song Kheng Hai, bendera Sarawak akan dikibarkan diikuti nyanyian Ibu Pertiwiku dan Fair Land Sarawak serta berkabung seminit bagi menghormati memorial Allahyarham Adenan.

“Pada sambutan itu nanti kita juga akan menjelaskan mengenai referendum serta kepentingan kepada rakyat dan negeri.

“Empat penceramah dari Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru, STAR, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan bekas datuk bandar Miri, Lawrence Lai telah mengesahkan akan hadir untuk bercakap mengenai referendum,” katanya.

Selesai acara sambutan di Padang Ragbi Song Kheng Hai, mereka akan berarak ke Padang Merdeka untuk sambutan penutupan bersama Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (SAPA). – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13199

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12663

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news