28 kerusi mampu digenggam dalam PRU-14, kata Abang Johari 0 5598

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Haji Openg tidak berganjak daripada jangkaan bahawa Barisan Nasional (BN) berupaya untuk merampas balik tiga kerusi daripada pembangkang pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Sebelum ini beliau yang juga pengerusi BN Negeri pernah menjangkakan BN akan memenangi 28 kerusi, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai simpanan tetap BN ketika ia berdepan tentangan sengit di peringkat nasional.

Enggan menamakan kerusi berkenaan secara khusus ketika bertemu media di sini malam tadi, beliau bagaimanapun membayangkan sebelum itu bahawa kerusi yang bakal dimenangi bukan di Kuching, tetapi Sibu dan satu lagi di Miri.

BN dipercayai menyasarkan kerusi Stampin, Sibu dan Miri.

“Ada kemungkinan kita dapat memenangi Stampin. Saya tahu orang Cina perlu buat keputusan tentang dua calon terbabit,” katanya kepada media di Bangunan Dewan Undangan Negeri Lama di sini.

Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian berdepan Pengerusi Pakatan Harapan Chong Chieng Jen dalam pertandingan yang dijangka amat sengit pada 9 Mei ini.

“Saya tak dapat nyatakan secara khusus kerusi yang bakal dimenangi. Tapi saya tahu tiga kerusi itu. Saya tak dapat beritahu anda sekarang hingga malam penentuan,” ujarnya membiarkan wartawan berteka-teki.

“Terpulang kepada anda untuk buat analisis,” katanya lagi.

Abang Johari telah berkempen ke pelbagai kawasan Parlimen sejak hari penamaan calon pada 28 April.

“Bukan saja kita dapat pertahankan 25 kerusi tapi kita juga dapat menangi beberapa kerusi ditandingi DAP dan PKR,” katanya.

Pada PRU-13 DAP memenangi lima kerusi – Bandar Kuching, Stampin, Sarikei, Sibu dan Lanang manakala PKR menang kerusi Miri. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15427

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8422

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news