293 klinik 1Malaysia dijenama semula jadi klinik komuniti 0 6248

Sebanyak 293 Klinik 1Malaysia (K1M) di seluruh negara akan dijenamakan semula sebagai Klinik Komuniti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata daripada 347 K1M semasa, 20 daripadanya pula akan dinaik taraf kepada Klinik Kesihatan manakala 34 yang lain bakal ditutup secara berperingkat.

Menurutnya pihak kementerian akan melaksanakan pelan reformasi perkhidmatan K1M untuk memberi nilai tambah kepada perkhidmatan sedia ada, selain menyusun keperluan dan pengurusan sumber.

“Reformasi ini bakal menambah baik mutu penjagaan kesihatan kepada golongan sasar dengan menambah fungsinya kepada Rawatan Pesakit Luar yang memberi fokus kepada rawatan dan kawalan penyakit tidak berjangkit serta Kecemasan Asas.

“Sekali gus ia membezakan fungsi antara Klinik Komuniti dan Klinik Desa yang mempunyai fokus perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak,” katanya menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) yang ingin tahu impak positif penjenamaan semula K1M kepada Klinik Komuniti pada sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Pada 27 Jun lepas, Kementerian Kesihatan mengumumkan kesemua K1M akan dinilai sebelum diputuskan untuk dinaik taraf, dijenamakan semula atau ditutup.

Sementara itu, Dr Dzulkefly berkata, kementerian akan menempatkan Pegawai Perubatan dan Pegawai Farmasi di semua 293 buah Klinik Komuniti secara berperingkat.
-Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13011

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news