Miri: Tiga ahli perniagaan ditahan kerana menawarkan wang suapan antara RM1,000 hingga RM1,500 kepada polis dalam serbuan di tiga lokasi berbeza di Miri, semalam.
Pegawai Pemerintah Batalion 12 Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri Supt Tan Hiap Seng berkata ketiga-tiga suspek lelaki tempatan masing-masing berumur 30, 46 dan 43 tahun ditahan di tiga kedai runcit iaitu di Desa Indah, Jalan Maigold Senadin dan Quadruplex Permyjaya.
“Pelbagai jenama rokok dan minuman keras dengan nilai keseluruhan RM421,150 dipercayai tidak dibayar cukai dirampas dari tiga lokasi berbeza itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- SarawakVoice