3 cedera kemalangan di selekoh Sabang di Asajaya 0 7351

Asajaya: 3 orang cedera setelah terlibat dalam satu kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Produa Alza dan sebuah Toyota Hilux di selekoh Sabang di Asajaya sekitar jam 7.40 pagi tadi.

Menurut info awal sepasang suami isteri yang berusia 62 tahun dan 54 tahun yang menaiki Toyota Hilux cedera dan terus dihantar ke Hospital Pusat Jantung Kota Samarahan oleh orang awam

Manakala seorang lagi mangsa yang juga seorang lelaki tersepit di dalam kereta Produa Alza. Susulan daripada kejadian pihak bomba yang sudah ada di lokasi terpaksa menggunakan cutter bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit ditempat duduk pemandu.

Mangsa berjaya dikeluarkan dan didapati cedera parah. Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Pusat Jantung Sarawak untuk menerima rawatan selanjutnya. – Kamek Miak Sarawak


Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13164

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12630

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news