36,106 calon mula duduki SPM di Sarawak 0 5974

KUCHING: Seramai 36,106 pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 di Sarawak bermula hari ini hingga 13 Disember.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Abang Mat Ali Abang Masagus berkata, seramai 33,645 calon adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).

Menurutnya, seramai 1,063 calon pula adalah pelajar sekolah menengah swasta manakala individu yang menduduki peperiksaan sebagai calon persendirian seramai 1,398.

“Bagi tahun ini semua calon akan menduduki peperiksaan di 275 pusat peperiksaan masing-masing 212 pusat di SMK, 13 pusat sekolah menengah swasta dan 50 pusat persendirian di seluruh negeri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, untuk memastikan kelancaran peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri melantik 277 penyelia kawasan dengan dibantu 2,140 pengawas.

Beliau berkata, calon diingatkan untuk membawa kad pengenalan atau kad perakuan serta slip kemasukan calon sepanjang menduduki peperiksaan.

“Sebarang pertanyaan, calon boleh menghubungi Sektor Penilaian dan Peperiksaan di talian 082-473507 atau 08-2473532,” katanya.

Unit Penilaian dan Peperiksaan setiap Bahagian di negeri ini boleh dihubungi menerusi talian 082-240851 atau 082-242254 bagi Bahagian Kuching, Samarahan (082-628177), Sri Aman (083- 322581), Betong (083- 472595), Sarikei (084- 651761), Sibu (084-332443), Mukah (084-872261 atau 084872252), Kapit (084796362), Bintulu (086-330541), Miri ( 085-416489) dan Limbang (085-211150). – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13938

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13095

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news