39 lelaki ditahan kerana terlibat dengan dadah di Serian 0 7365

Serian: Kira-kira 39 lelaki termasuk seorang wanita berusia sekitar 15 hingga 50 tahun ditahan oleh polis dalam serbuan berasingan di Serian pagi tadi.

Menurut info serbuan oleh polis melibatkan kan 19 kampung dan kesemua mereka ditahan atas kesalahan menyalahgunaan dadah.

Hasil ujian saringan awal air kencing juga telah mendapati kesemua positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Hasil serbuan itu juga pihak polis telah merampas dadah jenis syabu seberat 52.63 gram dan dadah jenis ganja seberat 6.03 gram. Selain itu pihak olis juga telah merampas senapang patah bersama empat butir peluru.

Setakat ini kesemua lelaki yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan dan Bahan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. – Kamek Miak Sarawak 

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13144

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12615

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news