”Gadis Itu Jaga Saya, Cantiknya Macam Puteri,” – Pendaki Hilang Seminggu Kongsi Pengalaman Aneh Sesat Di Gunung Singai 0 7877

Kehilangan seorang lelaki selama tujuh hari setelah mendaki Gunung Singai, Bau, Isnin lalu, akhirnya terjawab apabila dia ditemui selamat hari ini. Namun, terdapat pengalaman aneh yang berlaku sepanjang tempoh kehilangannya itu.

Menerusi satu portal berita, Stanley Kho, 22, memberitahu kepada anggota penyelamat bahawa dia dijaga dengan baik oleh seorang gadis  sepanjang tempoh sesat di kawasan gunung berkenaan, yang cukup popular dalam kalangan pendaki.

Menurutnya, gadis berkenaan sangat cantik seperti puteri dan sempat menghulurkan sekuntum bunga kepadanya. Pada mulanya, dia terserempak dengan gadis itu ketika memulakan pendakiannya dan terus mengikutinya kerana terpegun dengan kecantikannya.

Mangsa memberitahu ada mendengar suara pasukan penyelamat dan penduduk kampung yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesannya.

Bagaimanapun, mulut mangsa seolah-olah ‘terkunci’ sepanjang tempoh kehilangannya dan tidak dapat menyahut panggilan pasukan penyelamat, katanya.

Stanley ditemui selamat, jam 8.10 pagi. Namun, dia dalam keadaan lemah dan kebingungan.

Mangsa yang hanya berseluar pendek dan tidak berbaju, selain mengalami kecederaan pada kaki dan tangannya ditemui di kawasan curam di sebelah kanan kaki gunung berkenaan.

Operasi SAR yang dilancarkan sejak Isnin lalu membabitkan hampir 300 anggota pelbagai agensi penyelamat selain dibantu penduduk kampung dan persatuan pendaki.

Mangsa dilaporkan hilang selepas mendaki gunung itu bersendirian, pada jam 8 pagi Isnin lalu dan laporan mengenainya dibuat pada 4.35 petang hari sama.

Kehilangan Stanley disedari tiga rakannya yang menemui keretanya diletakkan di kaki gunung berkenaan.

Selasa lalu, mangsa menghantar kedudukan lokasinya disertai dengan video berdurasi empat saat, namun selepas dipadankan dengan peta sebenar, lokasi dihantar menerusi aplikasi WeChat itu tersasar di luar kawasan gunung berkenaan. – Siakap Keli

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13003

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12476

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news