Kuching: Pihak polis (PGA) bersama SPRM hari ini berjaya dalam satu operasi membongkar gudang rokok seludup di sebuah rumah di Jalan Stakan sekitar jam 10 pagi tadi.
Menurut info awal pihak polis dan SPRM telah membuat serbuan hasil risikan sejak dua minggu yang lalu.
Hasil serbuan itu pihak polis dan SPRM telah merampas 5,320 kotak rokok seludup perbagai jenama bernilai RM125, 525.
Sebelum serbuan itu pihak polis telah menahan dua lelaki yang menaiki sebuah van dalam keadaan mencurigakan tidak jauh dari rumah iaitu gudang penyimpanan rokok seludup.
Setakat ini kedua-dua suspek telah ditahan untuk siasatan selanjutnya – Kamek Miak Sarawak