Kanak-kanak cemas kaki tersangkut di saluran air di Serian 0 6319

Serian: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun berdepan detik mencemaskan apabila kakinya tersangkut di saluran air air di bilik air di rumahnya sekitar jam 12.13 tengahari tadi di 22 Premier Park, Taman Pasir Serian

Susulan daripada kejadian, pihak bomba telah dihubungi bagi untuk membuka kaki mangsa.

Pihak Bomba yang sampai ke lokasi telah bertindak memecahkan simen lantai berdekatan kawasan lubang salur air menggunakan peralatan khas.

Setakat ini kaki mangsa akhirnya berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba. Tiada kecederaan serius dilaporkan dan mangsa selamat. – Kamek Miak Sarawak 

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12986

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12467

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news