497 Pati, 28 tekong darat ditahan di Sarawak 0 5486

497 Pati, 28 tekong darat ditahan di Sarawak

Kuala Lumpur: Seramai 497 pendatang asing tanpa izin (Pati) dan 28 tekong darat ditahan manakala 56 pengusiran dilaksanakan di Sarawak menerusi Op Benteng sejak 1 Mei hingga Ahad lalu.

Markas Angkatan Tentera dalam satu kenyataan berkata, daripada 497 Pati ditahan itu, 459 adalah warga Indonesia dan selebihnya dari Filipina, Bangladesh, Thailand, India, Vietnam dan Myanmar.

Menurutnya, tekong darat pula terdiri daripada lima tekong tempatan dan 23 warga Indonesia.

“Sebagai langkah menangani penularan pandemik Covid-19 membabitkan Pati, Panglima Angkatan Tentera menegaskan Op Benteng di bawah National Task Force (NTF) yang dikoordinasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai agensi peneraju sentiasa meningkatkan kesiagaan kawalan sempadan di Sarawak baik persempadanan maritim mahupun daratan.

“Aspek kesiagaan ini diberi perhatian terutama melihat kepada situasi peningkatan pandemik Covid-19 di Sabah,” katanya.

Katanya, kawalan ini memberi tumpuan kepada lorong tikus menjadi hot spot laluan Pati yang cuba masuk dan keluar dari Sarawak.

“Penugasan NTF di Sarawak meliputi aturgerak Komponen Maritim membabitkan lapan sektor rondaan maritim.

“Melalui kawalan persempadanan daratan Sarawak-Kalimantan, Op Benteng diperkasakan dengan operasi sedia ada,” katanya.

Menurutnya, masyarakat terutama di Sarawak digesa untuk bekerjasama dalam menyalurkan sebarang maklumat berkenaan Pati, aktiviti penyeludupan, pencerobohan sempadan atau sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan melalui talian hotline Pusat Operasi NTF 011-6251 1223. – Harian Metro

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13940

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13098

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news