Indonesia kebumi lebih 1,000 mayat, rayu bantuan antarabangsa 0 7230

PALU (INDONESIA) : Pasukan sukarelawan mula menggali kubur bagi mengebumikan lebih daripada 1,000 mayat, korban tsunami dan gempa bumi di Sulawesi minggu lalu dan pada masa sama, merayu bantuan antarabangsa.

Bencana alam bukan perkara asing di Indonesia dan negara itu mahu membuktikan bahawa mereka mampu menangani malapetaka berkenaan yang meragut 832 nyawa setakat ini.

Empat hari sudah berlalu dan beberapa kawasan terpencil masih tidak dapat dihubungi untuk menyalurkan bantuan, sekali gus menyukarkan kerja-kerja menyelamat berikutan jentera berat tidak dapat dibawa masuk bagi menyelamatkan mangsa, selain bekalan perubatan yang semakin berkurangan.

Pegawai bertugas membawa beg jenazah mangsa gempa ke lubang kubur yang besar untuk dikebumikan di Palu, di Sulawesi Tengah. – Foto AFP

Pegawai bertugas membawa beg jenazah mangsa gempa ke lubang kubur yang besar untuk dikebumikan di Palu, di Sulawesi Tengah. – Foto AFP

Senario yang semakin memburuk itu memaksa Presiden Joko Widodo membuka pintu kepada puluhan agensi bantuan antarabangsa dan pertubuhan bukan kerajaan untuk membantu kerja-kerja menyelamat.

‘Malam tadi Presiden Jokowi memberi kebenaran kepada kami untuk menerima bantuan antarabangsa bagi kerja-kerja menyelamat pada kadar segera,” kata pegawai kanan kerajaan, Tom Lembong di Twitter sambil meminta pihak berkenaan menghubungi beliau secara langsung di media sosial itu atau menerusi email.

Pihak berkuasa khuatir jumlah kematian akan meningkat secara mendadak untuk tempoh beberapa hari lagi dan bersedia untuk menerima kemungkinan yang lebih buruk.

Sementara itu di Poboya, sebuah kawasan berbukit berhampiran Palu, pasukan sukarelawan menggali kubur sepanjang 100 meter untuk mengebumikan semua mayat dan diarahkan supaya bersiap sedia menyemadikan 1.300 mangsa yang maut.

“Pihak berkuasa kini dalam keadaan sangat terdesak untuk mengawal jangkitan penyakit akibat keadaan mayat yang semakin mereput dan mengisytiharkan tempoh darurat selama 14 hari. – AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12985

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12365

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news