Gempa Sulawesi: 152 mangsa masih tertimbus 0 5949

GLOBAL |  Dianggarkan 152 mangsa masih lagi tertimbus di seluruh kawasan dilanda gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter dan tsunami di Kota Palu, Sulawesi, Jumaat lepas.

Pengarah Informasi dan Media Kementerian Luar Indonesia Acmad Ramadan berkata pada masa yang sama sejumlah 65,733 kediaman turut musnah akibat bencana itu.

“Setakat ini, kita telah menemui sebanyak 1,558 mayat mangsa yang kebanyakkannya tertimbus di dalam tanah.

“Mangsa yang cedera pula ialah 2,549 orang yang ada diantaranya telah dipindahkan ke hospital di daerah lain untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui pemberita Malaysia di Patebo di Kota Palu, hari ini.

Acmad menambah keadaan tanah serta kehendak keluarga yang inginkan jasad mangsa yang terkorban ditemukan dalam keadaan sempurna menjadi antara kesukaran yang dialami pasukan mencari dan menyelamat dalam menggali keluar mangsa.

“Kami akan lakukan yang terbaik bagi memastikan semua mangsa yang terkorban dapat dikebumikan dengan sempurna,” katanya.

Beliau berkata kerajaan Indonesia tidak menetapkan sebarang tarikh akhir bagi kerja mencari dan menyelamat dilakukan.

Terima kasih Mapim

“Tiada tetapan untuk pencarian mangsa. Ia akan diteruskan setiap hari,” katanya.

Sementara itu, Karo Penmas Divisi Humas Polri Brig Jen Ermi Widyatno berkata cuaca baik sehingga ini melancarkan operasi membawa keluar mangsa.

“Bantuan luar juga sekarang dah boleh masuk di tiga kawasan utama iaitu Sigi, Dongala serta Kota Palu… dijangka akan lebih banyak mangsa yang akan ditemui.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan rakyat Malaysia terutamanya Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) yang sudi membantu kami di sini,” katanya.

Misi Bantuan Kemanusian Mapim merupakan pasukan pertama dari Malaysia yang menyalurkan bantuan kepada mangsa gempa berukuran 7.5 pada skala Richter dan tsunami yang melanda Kota Palu, Jumaat lepas.

– Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12985

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12365

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news