600 Geran Tanah Di Bawah Seksyen 18 Akan Diagihkan Kepada Penduduk Bau 0 6228

BAU: 600 geran hak milik tanah di bawah Seksyen 18 akan diagihkan kepada rakyat di kawasan Bau pada Sabtu, 14 Disember ini sempena Majlis Penyerahan Geran Tanah di Dataran Bazaar Krokong, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep berkata program ini merupakan program berterusan di mana ianya telah dilakukan sebanyak 3 kali dalam tahun 2019.

“Sebanyak 6 hingga 7 kampung yang akan terlibat di mana kebanyakannya adalah rakyat Bau sendiri dan sebahagiannya daripada Lundu.”

“Tanah-tanah tersebut merangkumi tanah individu dan tanah tradisi di bawah Seksyen 18 selepas Seksyen 6,” katanya di dalam sidang media berkaitan Majlis Penyerahan Geran Tanah dan Majlis Penyerahan Blueprint, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai kawasan bekas lombong emas, Tasik Biru, beliau mendedahkan bahawa banyak pembangunan akan dilaksanakan di sekitar kawasan tasik antaranya Jambatan Tasik Biru dan bukit yang ada akan dijadikan sebagai sebuah taman riadah.

“Kesemua kawasan bekas lombong emas di Bau akan dijadikan sebagai tapak warisan untuk Bau Museum Anchor Park dan ini berada di dalam perancangan Malaysia ke 12 (RMK – 12) dan akan bermula menjelang tahun 2021,” jelasnya.

Katanya, kerajaan Sarawak telah memperuntukkan RM1.5 juta bagi tujuan kajian dan pembangunan untuk projek berkenaan – TVSarawak.com

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13008

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12482

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news