Sabah, Sarawak dijamin dapat 30 peratus perbelanjaan pembangunan di bawah Bajet Negara 2019 – Chong Chieng Jen 0 6073

KUCHING: Pakatan Harapan (PH) Sarawak akan memastikan Sabah dan Sarawak bakal mendapat 30 peratus daripada perbelanjaan pembangunan di bawah Bajet Negara 2019.

Pengerusi PH Sarawak, Chong Chieng Jen berkata Bajet Negara 2019 akan dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2 November ini.

“Agihan 30 peratus daripada perbelanjaanpembangunan negara kepada Sabah dan Sarawak di bawah bajet ini adalah sepertiyang dijanjikan dalam Manifesto PH.

“Malah, agihan 30 peratus ini juga merupakan yang terbesar berbanding bajet-bajet terdahulu ketika di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) selama 55 tahun,” kata Chong yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini, hari ini.

Pengerusi DAP Sarawak itu menambah, di bawah pemerintahan BN, Sabah dan Sarawak masing-masing hanya diperuntukan 10 peratus hingga 13 peratus perbelanjaan pembangunan tahunan, iaitu kurang daripada 25 peratus daripada keseluruhan bajet pembangunan negara.

Mengenai formula perkongsian pendapatan yang dicadangkan oleh PH sebelum ini, iaitu untuk memberikan 20 peratus royalti minyak dan 50 peratus cukai pendapatan kepada Sarawak, Chong berkata cadangan formula tersebut ditolak oleh kerajaan negeri.

Susulan itu, kerajaan persekutuan PH menubuhkan Jawatankuasa Pemandu yang dianggotai lapan wakil dari Semenanjung Malaysia dan lapan wakil dari Sabah dan Sarawak termasuk kedua-dua Ketua Menteri.

Sehingga Jawatankuasa Pemandu ini memperkenalkan cadangan baharu berhubung formula perkongsian pendapatan, Sarawak akan terus mendapat 5 peratus royalti minyak dan gas dan agihan peruntukan pembangunan yang lebih besar. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13007

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12480

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news