75,352 pesara bayaran khas RM500 esok 0 6313

PUTRAJAYA: Seramai 75,352 penerima pencen di bawah RM1,000 akan menerima bayaran khas sebanyak RM500 secara ‘one-off’ atau sekali sahaja, mulai esok, menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

JPA dalam kenyataan hari ini berkata bantuan itu dilaksanakan sejajar dengan keputusan Belanjawan 2019 yang dibentangkan pada 2 November 2018.

“Keprihatinan kerajaan dalam melaksanakan pembayaran secara one-off sebanyak RM500 diharapkan dapat memberi keselesaan dan memenuhi keperluan semasa para pesara Kerajaan yang terlibat,” katanya.

Menurut JPA, senarai penerima terbabit dikenal pasti dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) bagi memastikan bantuan secara one-off itu dibayar kepada penerima pencen yang layak.

Katanya semakan secara menyeluruh dibuat melalui pelbagai agensi antaranya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Bendahari Negeri, Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (PERKESO), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

JPA berkata pesara yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai pembayaran bantuan itu boleh menghubungi talian 03-8885 4648/ 4432/ 4667 pada hari bekerja mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang atau emel kepada [email protected]. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13432

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12903

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news