Kenapa Lelaki Bujang Sekarang Lebih Sukakan Janda Untuk Dijadikan Pasangan Mereka 0 12185

Benarkah lelaki bujang sekarang lebih sukakan janda untuk dijadikan pasangan mereka daripada gadis perawan? Kalau benar mengapa mereka lebih sukakan janda?

Perkara ini sedikit sebanyak menyedarkan dan memberi sedikit pengetahuan kepada wanita yang belum berkahwin mempelajari bagaimana untuk memikat hati bakal suami seterusnya supaya lebih tahu untuk melayan suami.

Gadis-gadis yang belum berkahwin eloklah mengambil tahu sebab-sebab kenapa lelaki sekarang lebih sukakan janda.

“Janda Pandai Menggoda”

Benarkah kenyataan ini? Mungkin benar kerana semua kita semua sedia maklum bahawa janda sudah ada pengalaman dalam perkahwinan yang lalu. jadi tidak perlu lagi diajar bagaimana cara untuk melayan suami. Jika janda itu memang asalnya jenis suka dirinya sentiasa kelihatan menawan, dia bersolek untuk suaminya.
Kenapa Lelaki Bujang Sekarang Lebih Sukakan Janda Untuk Dijadikan Pasangan

“Janda Sudah Bersedia”

Dalam apa jua keadaan, mereka lebih bersedia untuk menumpukan hidup berumahtangga. Pengalaman terdahulu mengajar mereka. Sebagai contoh mudah adalah berkaitan anak. Bagi janda mereka tiada istilah “tidak mahu anak lagi” kerana mereka lebih bahagia jika lelaki bahagia dengan anak-anak. Asalkan lelaki turut membantu dan tidak berkita untuk memberi nafkah.

“Janda Senang Berkira”

Apa jua masalah yang timbul, mereka biasanya boleh bertolak ansur dengan suami. Pengalaman lalu mengajar mereka menjadi lebih matang dan tidak berkira dengan suami dalam segala hal.

“Janda Mudah Mesra”

Mereka lebih pandai bergaul dan sangat mudah mesra. Mereka akan jadi lebih terbuka, peramah dan tidak suka orang lain memandang rendah pada diri mereka terutamanya berkaitan dengan perkahwinan terdahulu. Jadi, tiada istilah mereka bersikap sombong dengan keluarga atau kawan-kawan keluarga sebelah suami. Secara spontan mereka memang pandai bawa diri.

“Janda Mulut Manis”

Nak hidup mesti kena pandai menggula kata orang. Biasanya janda pandai jaga hati. Namun tak perlu bubuh gula, tetapi pasti lelaki cair dengar ayat-ayat manis dari seorang janda

“Janda Pandai Menjaga”

Dah pernah kahwin, pastinya golongan janda lebih bijak menguruskan hal rumah tangga. Seharusnya mereka tidak akan mengulangi kesilapan dalam hubungan dengan suami seperti sebelum ini. Sudah pasti suami pergi kerja atau balik dari kerja makanan sudah disediakan. Kalau dengan anak dara belum tentu pandai masak. Silap-silap bangun pagi pun suami kejutkan atau ada yang bangun pukul 10 pagi.

“Janda Pandai Cari Rezeki”

Bukan menafikan gadis perawan tidak pandai mencari duit. Sekarang ramai dah pandai mencari duit. Namun pengalaman janda yang pernah bersusah payah sebelum ini menjadikan mereka punya hati kental dua kali ganda berbanding orang bujang. Paling bagus, mereka tidak lagi memilih kerja asalkan jadi duit. Golongan ini sudah biasa tidak cukup tidur dalam menguruskan anak-anak atau mencari rezeki semasa hidup sendiri tanpa seorang suami dahulu. Jadi tidak mustahil kalau janda lebih sikit dalam bab ini.

“Janda Tahu Semua Benda”

semasa bergelar janda, merekalah ibu dan merekalah bapa. Sudah pasti mereka tahu semua benda walau perkara itu adalah urusan kaum lelaki. Bagi yang tidak mempunyai anak pun, sudah pasti mereka lebih suka belajar dan berusaha memajukan diri sendiri dalam segala hal.

“Janda Pandai Jaga Badan”

Mereka cukup pandai menjaga badan. Mungkin sebab mahu sentiasa nampak cantik dan menarik walau status mereka adalah janda. Lebih pandai menghargai tubuh badan dan kesihatan untuk mengelak orang lain memandang rendah kepada mereka. Pernah tak anda melihat janda yang cukup pandai menjaga badan? Pernah bukan? Mereka ini sudah biasa dihina, diumpat dan sebagainya.

“Janda Kurang Belanja”

Maksud belanja di sini ialah perbelanjaan kahwin. Zaman sekarang berkahwin dengan gadis memerlukan belanja yang sangat tinggi. Namun biasanya jika berkahwin dengan janda tidaklah terlalu mahal. Mereka lebih pandai berjimat. Niat mereka cuma satu. Untuk masa depan diri dan jika ada anak-anak, untuk anak-anak juga. Jika bernasib baik, lelaki yang berkahwin dengan janda, akan ditaja oleh janda itu sendiri. Jangan pula ambik kesempatan atau hanya nak kahwin free.

Umumnya lelaki lebih sukakan perempuan yang bersedia untuk melakukan perkara-perkara yang disebutkan diatas. Bagi gadis pula, jadikan sebab-sebab di atas sebagai cabaran atau tips supaya apabila berkahwin, menjadi isteri yang tahu selok belok berumahtangga. Jika anda kaki tidur atau apa-apa yang negatif, tinggalkan tabiat itu.? – anakbapak.com

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13884

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13049

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news