Tukar waktu operasi: Tutup saja UTC – Najib Razak 0 7131

KUALA LUMPUR – Kerajaan disarankan menutup Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang diilhamkan BN sebelum ini selepas mengubah waktu operasi sehingga jam 7 malam sahaja.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata UTC sebelum ini di wujudkan bagi memudahkan rakyat berurusan sehingga jam 10 malam.

“Beribu orang berurusan di UTC setiap hari terutamanya di luar waktu kerja. Kini, waktu operasi UTC akan tamat pada jam 7 petang mulai 1 Januari 2019.

“Baguslah. Daripada memberi kesenangan kepada rakyat, kini menyusahkan rakyat untuk berurusan dengan kerajaan. Baik tutup saja UTC,” katanya melalui status di Facebook, hari ini.

Beliau turut berkongsi surat makluman pertukaran waktu operasi UTC di seluruh negara bermula 1 Januari 2019 yang bermula jam 8 pagi hingga 7 petang.

Sebelum ini, UTC seluruh negara beroperasi bermula jam 8.30 pagi hingga 10 malam.

Menurut Najib, sewaktu pentadbirannya UTC beroperasi hingga 10 malam bagi memberi kemudahan kepada sesiapa yang mahu berurusan di luar waktu pejabat.

“Ya, kamilah yang mengilhamkan UTC, menawarkan pelbagai perkhidmatan penting dan diperlukan rakyat di satu hab atau pusat sahaja.

“Dari awal pagi hingga 10 malam setiap hari. Kenapa 10 malam? Masa itu kami tahu ramai yang bekerja kadang-kadang tidak dapat pengecualian daripada majikan untuk urusan peribadi,” katanya. – Sinar Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13024

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12495

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news