96 individu dihendaki polis di Sarawak 0 6154

KUCHING: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak kini sedang mengesan 96 individu yang dikehendaki bagi membantu siasatan polis.

Ketua JSJK Sarawak Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata antara kesalahan yang dilakukan oleh individu berkenaan adalah kes tipu, pecah amanah, kesalahan jenayah komputer, salah guna harta dan kes VCD/DVD lucah.

“Sejumlah 78 individu dikehendaki untuk membantu siasatan bagi kes tipu yang melibatkan Macau Scam (11 individu), African Scam (6), tipu menyamar (5), tipu cek (4), tipu dalam talian (4), tipu kebajikan (3), pelaburan (3), tipu tanah (3), pelancongan (2), tipu bomoh (1), tipu toto (1) dan lain-lain (35).

“Kes pecah amanah seramai 14 individu, Akta Jenayah Komputer dua individu dan salah guna harta dengan curang seorang sahaja. Kesemua yang dikehendaki adalah orang tempatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini, hari ini.

Mustafa berkata, individu yang paling dikehendaki polis adalah Mohd Azlan Mat Muda, 30, beralamat di No.6, Kampung Pandan Lundu bagi membantu siasatan kes tipu pelancongan.

“Setakat ini, seramai 62 orang telah menjadi mangsa dan 34 laporan polis telah dibuat yang melibatkan kerugian kira-kira RM130,000 dan sehingga kini suspek masih aktif menipu,” katanya.

Untuk senarai nama individu yang dikehendaki, layari laman sosial Facebook Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi ASP Pricha Azin di talian 019-889 7640, ASP Arthur Medang di talian 013-76009771 atau Insp Hamizan Ismail di talian 016-445 5695.– BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12984

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12364

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news