Mukah: Pihak bomba sekitar jam 3 petang tadi akhirnya berjaya menjumpai mayat lelaki yang dilaporkan hilang semalam di Sungai Batang Mukah.
Menurut info awal, mayat mangsa yang dikenali sebagai Ningkan Anak Inggas berusia 55 tahun ditemui kira-kira 10 km dari tempat mangsa dilaporkan hilang.
Setakat ini mayat telah pun dibawa ke darat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – Kamek Miak Sarawak