KPM peruntuk RM100 juta pembangunan semula sekolah daif di Sarawak 0 6011

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperuntukkan sebanyak RM100 juta tahun ini bagi pembangunan semula 32 buah sekolah di negeri Sarawak.

KPM dalam kenyataannya hari ini berkata, “Penyaluran peruntukan itu bagi tujuan pembangunan dan penyelenggaraan sekolah daif yang sedang dilaksanakan.”

Kementerian itu juga memperuntukkan sebanyak RM25.7 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan menaik taraf 135 buah sekolah (termasuk sekolah daif) yang melibatkan kerosakan struktur dan pembaikan kecil.

KPM berkata, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik komited untuk menangani sekolah-sekolah daif di Sarawak dan di negeri-negeri lain di Malaysia. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13070

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news