44 orang warga Sarawak meringkuk di penjara Kemboja 0 7722

KUCHING: Kementerian Luar Negeri digesa membantu membela nasib 47 warga Malaysia yang menjadi mangsa penipuan sindiket pemerdagagang manusia yang ditahan di sebuah penjara daerah di Kemboja.

Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dalam sidang akhbar hari ini mendedahkan perkara itu berkata, daripada 47 tahan, seramai 44 adalah warga Sarawak.

“Sebanyak 10 daripadanya perempuan berusia antara 18 hingga 20 tahun,” katanya sambil menambah, mereka telah membayar beberapa ratus USD kepada agensi dan dijanjikan pekerjaan dengan gaji lumayan.

Berdasarkan kronologi kes, kata Sng, kumpulan itu tiba di Kemboja, ditempatkan di sebuah rumah persendirian dan menunggu beberapa minggu tanpa mendapat pekerjaan dijanjikan.

“Mereka kemudiannya ditahan polis Kemboja atas tuduhan perjudian atas talian dan semua tahanan telah menafikan pertuduhan itu,” katanya.

Kata Sng, semua tahanan ditahan selama seminggu di lokap polis dan dipindahkan ke Penjara Daerah kira-kira 446 kilometer (km) dari ibu kota Kemboja pada 16 Disember 2018 sehingga hari ini.

Dimaklumkan, ada kalangan ahli keluarga itu pergi ke Kemboja mencari anak mereka dan pihak kedutaan juga tidak mengetahui lokasi sebenar atau sebarang rekod mengenai tahanan itu.

“Mereka masih belum dihadapkan ke mahkamah untuk didakwa atau direman. Ahli keluarga mengetahui berita penahanan berkenaan melalui akhbar tempatan Kemboja. Mereka difahamkan bahawa anak-anak mereka boleh ditahan polis selama tiga tahun tanpa didakwa di mahkamah,” ujarnya.

Sng menegaskan, mereka ditahan tanpa dibicara di mahkamah dan perkara itu tidak dimaklumkan kepada pihak kedutaan Malaysia.

Difahamkan, kira-kira 11 orang daripada 47 anak Sarawak ditahan itu adalah perempuan.

“Tahanan ini tiada daya, dan bergantung harap bagi mendepani kerumitan birokrasi Kemboja. Kita sama-sama berusaha sedaya upaya membantu dan membawa mereka pulang ke tanah air dengan selamat,”katanya. – Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13070

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news