Polis kenal pasti suspek kes tipu kerja Kemboja 0 6100

KUCHING: Polis telah mengenal pasti seorang warga tempatan yang disyaki terlibat dengan sindiket penipuan pekerjaan berhubung penahanan 47 rakyat Malaysia di Kemboja.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah (gambar) berkata pihaknya kini sedang giat mengesan suspek susulan lapan laporan polis yang diterima setakat hari ini.

“Mangsa mendakwa membayar yuran pemprosesan (pekerjaan) sebanyak USD200 hingga USD300 ke akaun bank dan kepada seorang rakyat tempatan (Sarawak).

“Sehingga kini suspek warga tempatan yang disyaki terlibat dengan sindiket penipuan pekerjaan ini telah dikenalpasti dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Siasatan mendapati mangsa-mangsa diperdaya kononnya untuk bekerja dalam bidang perhotelan di Kemboja dengan gaji bulanan antara USD1,200 hingga USD1,500.

“Mangsa-mangsa mendapat tahu berkenaan tawaran kerja palsu itu melalui Facebook dan juga WeChat,” katanya.

Difahamkan, setiba di sebuah rumah (di Kemboja), mangsa-mangsa dikehendaki menyerahkan telefon bimbit dan pasport kepada lelaki-lelaki yang menjaga dan mengawal mereka.

“Berdasarkan keterangan mangsa, mereka diarahkan menghafal skrip serta belakon sebagai pegawai bank dan mahkamah yang kemudian membuat panggilan dan menjawab panggilan telefon serupa modus operandi ‘Macau Scam’,” katanya.

“Terdapat juga mangsa yang diarahkan untuk mempromosikan judi di atas talian melalui panggilan telefon dan mesej pesanan ringkas (sms) kepada nombor telefon yang disediakan,” katanya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-Utusan Borneo

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news