Penjawat awam jangan sabotaj kerajaan – TPM 0 5957

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan penjawat awam supaya tidak mensabotaj kerajaan, selain menjaga batas perhubungan dalam komunikasi dan patuh kepada etika penggunaan media sosial.

Timbalan Perdana Menteri berkata, dalam usaha memanfaatkan media sosial sebagai ejen penyampai maklumat dan promosi perkhidmatan kepada masyarakat, masih ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakan medium itu.

“Ada pihak yang menyebar maklumat atau melempar tuduhan dan kritikan terhadap kerajaan secara melulu

“Kita juga sedar, ada dalam kalangan penjawat awam yang mewarisi sokongan kerajaan lama. Kita faham dan hormati pendirian politik masing-masing.

“Bagaimanapun saya ingin mengingatkan supaya jangan ada unsur sabotaj. Kita boleh berbeza fahaman politik tetapi untuk berkhidmat kepada rakyat, kita tidak wajar menggunakan perbezaan kelompok, kaum dan agama sebagai penghalang,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 bagi kementerian itu, di sini, hari ini.

Dr Wan Azizah turut mengingatkan penjawat awam supaya tidak sesekali membalas kritikan netizen dengan bahasa kurang sopan dalam media sosial, walaupun untuk mempertahankan diri.

“Imej kerajaan, kementerian dan seluruh agensi hendaklah sentiasa dipelihara. Sama-sama kita cerminkan keperibadian kita dengan asas digariskan agama,” katanya.

Selain itu, beliau juga mahu penjawat awam, terutama warga kementerian itu, terus memberikan komitmen dan mempertingkat produktiviti serta mutu kerja berkualiti tinggi.

“Kita harus menyahut cabaran ini dengan mewujudkan persaingan sihat bagi membuktikan keupayaan masing-masing, yang secara tidak langsung akan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat,” katanya. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13913

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news