Ketua Menteri tegaskan Saraaak tidak akan berkompromi akan kedaulatannya – Hasidah 0 6250

Ketua Menteri tegaskan Sarawak tidak akan berkompromi akan kedaulatannya – Hasidah

KERAJAAN Sarawak sesekali tidak akan berkompromi mengenai perkara yang melibatkan kedaulatan Sarawak.

Menteri Muda Perundangan, Hubungan Negeri- Persekutuan dan Pemantauan Projek Hajah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, ini telah ditegaskan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg yang Sarawak pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet (PEMANDU) untuk menyemak Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang berlangsung kelmarin.

“Ketua Menteri juga telah dengan jelas menyatakan, Sarawak akan mempertahankan hak dan kedaulatan sempadan laut kita terutamanya melibatkan sempadan laut Sarawak sehingga ke pelantar benua (continental shelf) Sarawak.”

Hasidah berkata demikian kepada Utusan Sarawak apabila ditanya mengenai hasil Mesyuarat PEMANDU menyemak MA63 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad di Putrajaya.

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg Abang Jo yang ditemani Hasidah, Timbalan Speaker DUN Sarawak, Datuk Gerawat Gala dan Peguam Besar Negeri Sarawak Yang Arif Datuk Talat Mahmood Abdul Rashid.

Kata Hasidah lagi, “Semasa mesyuarat semalam, Ketua Menteri menjelaskan bahawa Sarawak akan terus mempertahankan hak sempadan laut kita kerana ianya berkaitan dengan kedaulatan negeri.”

“Selain dari nyatakan pendirian Sarawak, kita juga telah membincangkan pelbagai lagi isu seperti mengkaji peruntukan khas, kewangan, duti stamp atas transaksi tanah,” tambahnya lagi. – Utusan Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news