Warga Indonesia maut jatuh kapal 0 5944

SIBU: Seorang pekerja kapal maut dipercayai selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala apabila terkena besi sebelum terjatuh ke dalam sungai di dermaga Rantau Panjang, Batang Igan dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, pihaknya yang dimaklumkan mengenai kejadian melibatkan lelaki warganegara Indonesia yang dikenali sebagai Bertolomeus Ngaji, 48, sekitar 8.37 pagi.

“Di tempat kejadian, pihak kami dimaklumkan seorang lelaki warga Indonesia telah terkena besi di bahagian kepala semasa bekerja lalu terjatuh ke dalam sungai,” katanya dalam satu kenyataan.

Mayat mangsa dijumpai pada pukul 9.50 pagi dalam operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) yang digerakkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Pasukan Polis Marin.

Stanley berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan pada pukul 10.30 pagi.

Insiden itu katanya, tidak melibatkan sebarang unsur jenayah dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.

Katanya lagi, kes itu juga sudah dimaklumkan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) untuk tujuan rujukan dan dokumentasi.
“Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR),” tambahnya.-Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news