Pura-pura baiki TV sebelum merompak 0 6151

SIBU: Seorang peniaga berdepan detik mencemaskan apabila dirompak tiga lelaki yang bertopi kaledar di premis membaiki barangan elektrik di Jalan Khoo Peng Loong, di sini.

Lelaki berusia 43 tahun yang trauma apabila didatangi kumpulan itu yang bersenjatakan besi sekitar 6 pagi Selasa bagaimanapun hanya membuat laporan polis pada Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit, dalam kejadian itu, mangsa didatangi seorang lelaki yang menyatakan mahu televisyennya dibaiki

Tidak lama kemudian katanya dua orang rakan lelaki tersebut tiba-tiba meluru masuk ke dalam kedai dan menjerit “rompak” sebelum mengarahkan mangsa untuk tidak berbuat bising.

“Lelaki yang memakai topi keledar merah memegang tangan mangsa, dan lelaki yang memakai topi keledar putih hitam mengeluar dan memegang sebatang besi yang disembunyikan di pinggang.

“Mereka telah menolak mangsa ke meja dan bertanya di mana wang dan mangsa terus menyerahkan dompetnya kepada mereka. Suspek telah mengambil wang tunai RM20 dan buang dompet pengadu di lantai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Stanley berkata, tidak cukup dengan itu ketiga-tiga suspek turut bertindak menggeledah kedai untuk mencari barangan bernilai.

Sebelum keluar melarikan diri katanya, ketiga-tiga suspek turut merampas telefon bimbit yang diletakkan di atas meja serta beg sandang dan wang RM170.

“Mereka kemudian melarikan diri ke seberang jalan sebelum beredar dengan menaiki motosikal.

“Mangsa agak lewat membuat laporan polis kerana masih trauma. Insiden tersebut berjaya dirakamkan Kamera Litar Tertutup (CCTV),” jelas beliau.

Katanya, usaha mengesan suspek sedang giat dilakukan dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news