AIFFA: Steven Seagal sah kehadiran di Kuching 0 6889

KUCHING: Majlis Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) yang tinggal 17 hari lagi bakal menjadi lebih meriah apabila aktor popular Hollywood, Steven Seagal disahkan akan hadir sebagai tetamu khas.

Seagal terkenal dengan filem aksi seni mempertahankan diri seperti ‘Above The Law’ sejak 1980-an dan selain berlakon, beliau juga seorang produser, penulis skrip dan pemuzik.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pada sidang media hari ini, berkata kerajaan negeri amat berbesar hari menjadi tuan rumah kepada Anugerah AIFFA dari 25 hingga 27 April ini dan bersedia menerima penyertaan dari keseluruhan 10 negara ASEAN.

“Ini menunjukkan yang AIFFA menerima sokongan dari seluruh negara rantau ASEAN,” katanya.

Anugerah AIFFA adalah acara dwitahunan untuk pembuat filem dari 10 negara anggota ASEAN dan mula dianjurkan sejak 2013.

Acara yang kini masuk edisi keempat, menawarkan 17 kategori anugerah meliputi semua aspek utama dalam teknikal dan kreativiti pembikinan filem.

Sementara itu, Abdul Karim berkata, kerajaan Sarawak merancang memberikan beberapa insentif kepada pembuat filem yang hendak menghasilkan filem di sekitar negeri ini.

“Mereka perlu digalakkan kerana keseluruhan negeri Sarawak ini adalah satu pentas atau lokasi terbaik filem. Sarawak adalah lokasi terbaik yang akan menukarkan skrip filem menjadi satu seni paparan filem yang menarik dengan landskap yang sukar dilupakan, etnik yang unik dan kebudayaan penuh warna warni,” katanya. – BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news