Gara-gara cemburu suami tumbuk, pukul isteri di kepala dengan kayu golf di Miri 0 6019

MIRI: Gara-gara cemburu tidak terkira terhadap isteri, seorang suami di sini memukul kepala isterinya dengan kayu golf.

Kejadian itu berlaku sekitar 6 petang di Piasau Utara di sini petang kelmarin.

Selain itu, menurut sumber seperti dipetik sebuah akhbar hari ini, suami mangsa juga menampar, menumbuk dan menendang wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu.

Mangsa yang bekerja di kedai makan, dikatakan mengambil pesanan pelanggan terutama lelaki, menyebabkan suspek berasa cemburu.

Mangsa yang tidak tahan dengan kerenah suaminya, dikatakan, membuat laporan polis. – SarawakVoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news