Pot penagih diserbu polis 0 6173

LIMBANG: Seorang remaja perempuan antara lapan individu yang dicekup bersama tujuh rakan di sebuah rumah yang dijadikan tempat menagih dadah di Kampung Ipai pada petang Khamis.

Kegiatan mereka itu terbongkar dalam serbuan yang dijalankan sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Limbang pada pukul 4 petang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Limbang DSP Tega Bilong berkata remaja wanita berusia 18, beralamat dari Kampung Batu Bakarang ditahan bersama tujuh lelaki berusia antara 28 dan 33 tahun termasuk seorang lelaki warga Brunei.

“Rumah berkenaan dijadikan kawasan untuk mereka melepas gian menagih dadah beramai-ramai. Hasil pemeriksaan lanjut di atas katil dalam sebuah bilik tidur itu, kita menjumpai satu peket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 0.50 gram bernilai RM80,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tega menjelaskan kesemua suspek terbabit yang tidak mempunyai rekod kesalahan lampau turut positif methamphetamine dan amphetamine hasil ujian saringan awal yang dilakukan ke atasnya.

Katanya permohonn reman akan dilakukan hari ini dan kes akan disiasat dibawah dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.-UtusanBorneo

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13132

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12505

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news