Jalan Utama Kedua pendekkan masa perjalanan Kuching-Sibu 0 7368

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata Jalan Utama Kedua yang merupakan projek Kerajaan Sarawak akan memendekkan tempoh perjalanan dari Kuching ke Sibu daripada lima jam kepada 2½ jam dengan jarak 235 kilometer apabila siap kelak.

Jalan Utama Kedua ini akan menghubungkan Kuching-Sibu dengan Lebuh Raya Pan Borneo melalui Jalan Sebuyau-Sri Aman-Betong.

Sementara itu, projek Kerajaan Sarawak iaitu Jalan Pesisir Pantai dengan jarak 896km pula akan menghubungkan bandar-bandar seperti Kota Samarahan, Asajaya, Sadong Jaya, Sebuyau, Kabong, Tanjung Manis, Daro, Matu, Igan, Oya, Mukah, Balingian, Bintulu dan Miri ke Lebuh Raya Pan Borneo.

“Tender terbuka ini membolehkan Kerajaan Sarawak mendapatkan kontraktor yang berkelayakan dari segi teknikal dan komersil sekali gus membolehkan Kerajaan Sarawak jimat RM600 juta,” ujar beliau.

Projek Jalan Pesisir Pantai sedang menjalani proses tender sementara projek Jalan Utama Kedua berada di peringkat reka bentuk dan dijangka akan ditender pada akhir tahun ini atau awal tahun 2020.

Masing yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan mengata-kan projek-projek tersebut dijangka siap dalam tempoh lima tahun akan datang.

Jalan Pesisir Pantai ini juga akan menghubungkan sembilan sungai utama Sarawak yang memerlukan pembinaan jambatan seperti Jambatan Batang Saribas, Jambatan Su-ngai Krian, Jambatan Batang Rejang dan lain-lain.

“Jambatan Batang Rambungan dan Jambatan Batang Igan pada asalnya merupakan projek kerajaan persekutuan tetapi kini ia diteruskan oleh Kerajaan Sarawak. Manakala Jambatan Batang Lupar yang pada asalnya merupakan perkongsian 50:50 dengan kerajaan persekutuan juga telah dilaksanakan sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak.

“Kami berharap hasrat kami untuk memastikan kesaling-hubungan antara bandar-bandar utama di Sarawak akan menjadi realiti apabila semua projek ini berjaya disiapkan.

“Melalui projek ini juga, kawasan luar bandar akan dibuka untuk pembangunan dan seterusnya akan merangsang aktiviti ekonomi, selain merapatkan jurang pemba-ngunan antara bandar dan luar bandar,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13070

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news