BETONG: Seorang penunggang motosikal patah kaki sebelah kiri setelah motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam satu kemalangan kendiri di Simpang Bebangai.
Menurut info awal mangsa dikatakan Batu saja balik kerja. Mangsa dikatakan telah ditemui oleh orang awam terbaring di tepi jalan.
Susulan daripada kejadian pihak APM telah dihubungi bagi mengambil mangsa. Setakat ini mangsa telah dihantar ke Hospital Betong untuk menerima rawatan selanjutnya – Kamek Miak Sarawak