Sultan Brunei pulangkan ijazah kehormat Oxford susulan kecaman 0 5810

LONDON: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memulangkan semula ijazah kehormat dari Universiti Oxford Britain susulan kecaman global diketuai selebriti termasuk George Clooney dan Elton John susulan cadangan hukuman mati terhadap pesalah seks gay dan zina.

Sehingga April lalu, hampir 120,000 orang menandatangani petisyen menggesa Universiti Oxford menarik balik Ijazah Undang-undang Kehormat diberi pada 1993 kepada baginda, monarki kedua paling lama memerintah di dunia serta Perdana Menteri di negara kaya minyak itu.

Universiti Oxford berkata, Sultan Brunei memutuskan menyerahkan semula ijazah kehormat berkenaan pada 6 Mei lalu, ketika ia sedang meneliti keputusan penganugerahannya.

Berita mengenai keputusan itu didedahkan kepada umum semalam.

“Sebagai sebahagian proses semakan, universiti menulis untuk memaklumkan Sultan Brunei pada 26 April 2019, meminta pandangan baginda sehingga 7 Jun 2019.

“Menerusi sepucuk surat bertarikh 6 Mei 2019, Sultan Brunei membalas dengan keputusan memulangkan semula ijazah berkenaan,” kata Universiti Oxford dalam kenyataan menerusi e-mel kepada Thomson Reuters Foundation.

Negara kecil Asia Tenggara itu mencetuskan kecaman apabila ia mendedahkan Undang-undang Syariah negara itu pada 3 April lalu, menghukum pesalah liwat, zina dan rogol dengan hukuman mati termasuk direjam.

Bagi meredakan kritikan itu, awal bulan ini, baginda berkata, hukuman mati tidak akan dilaksanakan sejajar dengan pelaksanaan perubahan kanun jenayah.

Undang-undang itu yang turut menerima kecaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyebabkan selebriti dan kumpulan hak asasi berusaha memboikot semua hotel dimiliki baginda termasuk Dorchester di London dan Beverly Hills Hotel di Los Angeles. -Reuters

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13136

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12508

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news