Budaya ‘ngabang’ semasa perayaan suburkan perpaduan rakyat Sarawak 0 6341

SIBU, 28 Mei (Bernama) — Budaya ‘ngabang’ atau beraya dan kunjung-mengunjungi dalam Bahasa Iban dan Melayu Sarawak, masih terus subur diamalkan di seluruh negeri Sarawak dari dahulu sehingga sekarang.

Dengan sambutan berganda di negeri Kenyalang itu pada tahun ini iaitu Hari Gawai pada 1 Jun dan Aidilfitri yang dijangka pada 5 Jun, kemeriahan perayaan ini akan membolehkan ngabang ini berjalan lebih meriah lagi tahun ini dan sekaligus merapatkan lagi hubungan antara masyarakat berbilang kaum itu.

Bagi Tahir Mintal, ngabang masih diamalkan beliau dan semua rakan-rakannya tanpa mengira bangsa dan agama dan mengunjungi rumah rakan-rakan Dayak dan juga Cina pada hari-hari perayaan mereka.

“Dari kecil hingga sekarang. Bila perayaan mereka, saya pergi ke rumah mereka dan begitu juga mereka semasa saya menyambut Hari Raya.

“Kalau kita baik dengan orang, orang pun akan baik dengan kita,” katanya yang berasal dari Kampung Jemukan, Asajaya.

Gerald Ningkan dari Kuching pula berkata, keunikan keluarganya yang berkahwin campur pelbagai kaum, menjadikan mereka menyambut hampir kesemua perayaan termasuk Tahun Baru Cina, Hari Gawai, Hari Raya dan juga Krismas.

“Ini kelebihan yang kami ada. Semua perayaan kita sambut kecuali Deepavali,” katanya.

Bagi Patros Tadong Ngamanat pula walaupun ngabang masih diamalkan, namun sedikit sebanyak budaya kunjung mengunjungi itu telah berubah berbanding pada tahun 1960an.

Mengimbau kenangan semasa zaman mudanya, pesara tentera dari Sibu itu berkata, pada waktu itu, masyarakat dengan senang dan mudah boleh berkunjung ataupun datang beraya ke rumah sesiapa sahaja walaupun mereka tidak mengenali.

“Keadaan sudah berubah. Dulu kita ‘langgar’ (redah) saja mana-mana rumah yang meraikan perayaan sama ada Gawai mahupun Hari Raya, dan mereka akan masih diterima serta dilayan tuan rumah. Sekarang tidak lagi,” katanya.

Massmail Anyan pula berkata, masyarakat tidak lagi ngabang dengan meredah mana-mana rumah yang meraikan perayaan, kerana kini mereka sedar dan faham mengenai budaya satu-satu kaum di negeri ini.

“Contohnya masyarakat Iban, mereka ada masa khas untuk keluarga masing-masing, dan ada masa khas untuk tetamu. Jadi kita tidak boleh datang sesuka hati,” katanya.

Beliau juga memuji masyarakat Iban, kerana memahami sensitiviti masyarakat Islam pada musim perayaan ini, dengan menghidangkan makanan yang halal.

Menurut Joyce Roni yang berasal dari Sarikei dan kini menetap di Selangor, persahabatan lama dikekalkan melalui budaya ngabang semasa hari perayaan.

“Bagi keluarga saya, rakan-rakan ayah masih mengunjungi rumah kami sehingga ke hari ini, meskipun ayah saya telah lama meninggal. Persahabatan itu masih kekal terjalin,” katanya.

— BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13070

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news