Warga emas dipenjara 12 tahun kerana rogol anak angkat 0 6916

KUCHING: Seorang warga emas dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini apabila mengaku bersalah merogol anak angkat yang juga anak saudara isterinya yang berumur 17 tahun.

Tertuduh yang berumur 65 tahun didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan itu pada 17 Mei lalu dengan merogol di dalam semak tepi Jalan FAC di Matang.

Sebelum Hakim Mohd Taufik Mohd@MohdYusoff menjatuhkan hukuman, tertuduh memberitahu mahkamah dia menyesal dan bertaubat atas perbuatannya, justeru dia memohon agar hukuman diringankan.

Namun, pihak pendakwaan yang terdiri daripada Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan berkata tertuduh harus dijatuhkan hukuman berat kerana perbuatan jijik berkenaan akan menjejaskan psikologi dan emosi mangsa.

Oleh itu, Nurfadzlin memohon agar hukuman berat dijatuhkan agar dapat dijadikan pengajaran kepada orang awam.

Hakim juga menetapkan tiada hukuman sebatan dikenakan memandangkan tertuduh sudah berusia.

Pada hari kejadian, selepas memuaskan nafsu, tertuduh mengugut untuk mencederakan ibu mangsa sekiranya mangsa menceritakan perbuatan terkutuk itu kepada ibunya.

Susulan daripada peristiwa tersebut, remaja perempuan tingkatan lima berkenaan memilih untuk tidak hadir ke sekolah gara-gara trauma.

Pihak pengurusan sekolah yang curiga akan ketidakhadiran mangsa memujuk mangsa untuk menceritakan perkara sebenar.

Pihak sekolah seterusnya mengetahui mengenai perbuatan sumbang mahram tersebut dan kemudiannya membuat laporan polis sehingga membawa kepada penangkapan tertuduh pada 22 Mei lepas. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13070

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news