Penjawat awam tidak boleh jadi pemimpin parti politik 0 5772

JASIN: Penjawat awam dibenar berpolitik tetapi tidak boleh menjadi pemimpin dalam parti politik, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, mereka tidak seharusnya menjalankan tugas dengan dipengaruhi oleh keahliannya dalam mana-mana parti politik.

“Mereka perlu akur dengan segala arahan dan keputusan yang dibuat kerajaan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Rumah Peduli Negeri Melaka di Lipat Kajang, di sini, hari ini.

Yang hadir sama, isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Ketua Menteri, Adly Zahari; Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu; Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Omar Jaafar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Hasim Hasan.

Dr Mahathir berkata, penjawat awam yang menyokong parti kerajaan ketika ini, mereka sememangnya bertungkus lumus membantu kerajaan melaksana dasar serta partinya supaya memperoleh kemenangan.

“Kita memang tidak akan lantik mereka sebagai pengerusi badan kerajaan tetapi mereka berhak menjadi ahli pengarah kepada badan kerajaan.

“Kerana kalau tidak, kita dapati orang yang tidak tolong akan dapat nikmat, orang yang tolong dihalang untuk mendapat nikmat. Itu tidak adil,” katanya. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13070

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news