Kerajaan Sarawak biayai sepenuhnya projek Tebingan Sungai Batu Kawa 0 6686

BATU KAWA: Kerajaan Sarawak akan membiayai sepenuhnya projek Tebingan Sungai Batu Kawah yang berongkos RM10 juta, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari berucap semasa merasmikan Majlis Pelancaran Projek Rakyat Tebingan Sungai, Pekan Batu Kawa bertempat di Dewan Persatuan Chung Hua, di sini semalam.

“Projek pembinaan Tebingan Sungai Batu Kawa pada asalnya adalah usahasama di antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sarawak. Bermakna bahawa ia adalah satu projek kongsi (50:50). Tetapi disebabkan kerajaan pusat tidak dapat meneruskan usahasama tersebut, maka kerajaan Sarawak telah membuat keputusan untuk meneruskan projek ini dan membiayai sepenuhnya kos yang terlibat menggunakan dana kita sendiri demi keselesaan rakyat.”

Tambah beliau lagi, projek tebingan sungai tersebut adalah sepanjang 800 meter dan menelan belanja sebanyak RM10 juta secara keseluruhannya.

Tebingan Sungai Batu Kawa itu akan menjadi satu tempat perhentian bagi pelancong yang hendak menggunakan bot dari Tebingan Sungai Kuching dan ke Tebingan Sungai Seniawan kelak, kata beliau.

“Tebingan sungai Batu Kawa akan menjadi satu tempat perhentian sekiranya ada pelancong yang hendak menggunakan bot dari Kuching terus ke hulu ini (Batu Kawa) dan terus ke Siniawan kerana kita juga akan membuat Tebingan Sungai di Siniawan.

“Batu kawa ini adalah pekan asal. Banyak sejarah. Sudah tentu kita hendak menaiktarafkan pekan Batu Kawa ini. Kita merancang untuk membina Wetland Park di Batu Kawa kerana di kawasan tersebut mempunyai tumbuh-tumbuhan yang boleh menjadi satu khazanah untuk dipelajari oleh generasi muda”, ujar beliau.

Dalam majlis sama, Ketua Menteri turut menyampaikan geran dari kerajaan Sarawak sebanyak RM300,000 kepada Sim Yian Chai, Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Semula SJK (C) Chung Hua Stapok.

Hadir sama semasa majlis adalah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian, Datu Abu Bakar Marzuki, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Sosio Ekonomi) serta YB Lo Khere Chiang, Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan. – Sarawakku

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13070

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news