Bom lama ditemui dan dimusnahkan di Buso, Bau 0 6314

BAU: Sebutir bom tangan lama ditemui di kawasan sungai di Kampung Buso, di sini sekitar pukul 5.30 petang, Khamis.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata bom tersebut ditemui penduduk kampung yang kemudian terus melaporkan kepada pihak polis.

“Sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak telah pergi ke tempat kejadian pada pukul 10 pagi hari ini dan telah membuat pemusnahan dengan letupan ‘insitu’ pada pukul 10.30 pagi.

“Pemusnahan selesai dengan jayanya pada pukul 11 pagi tanpa sebarang insiden yang tidak diingini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.-Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13070

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news