Isteri dicerai talak 3 kerana gigi rongak 0 7157

HYDERABAD: Seorang wanita diceraikan suaminya hanya kerana memiliki gigi yang tidak sempurna.

Rukhsana Begum mendakwa suaminya Mustafa dan keluarga mentua sering mengganggunya selain mendesak agar wang hantaran perkahwinan ditambah, lapor portal Deccan Chronicle.

“Sejak dari hari perkahwinan kami lagi keluarga Mustafa meminta bermacam-macam perkara dan keluarga saya hanya menurut.

“Selepas perkahwinan kami, suami saya dan keluarga mentua paksa saya bawa lebih banyak emas dan wang dari rumah saya. Malah motosikal adik saya pun diambilnya,” kata Rukhsana.

“Mereka selalu mendera saya dan akhirnya Mustafa berkata dia tak suka saya disebabkan gigi saya yang rongak dan dia tak mahu lagi hidup dengan saya.

“Keluarga mentua mengurung saya di dalam rumah mereka selama 10 ke 15 hari,” katanya lagi.

Rukhsana yang berkahwin dengan Mustafa pada 27 Jun 2019 mendakwa dia dihantar ke rumah keluarganya apabila jatuh sakit, namun tidak lama kemudian diceraikan suaminya.

“Saya failkan aduan terhadap mereka dan Mustafa bersetuju untuk berbaik dan bawa saya pulang.

“Tapi pada 1 Oktober, Mustafa datang dan maklumkan tidak akan membawa saya pulang. Sebaliknya dia hina ibu bapa saya dan menuturkan talak tiga,” kata Rukhsana.

Menurut polis, kes terhadap Mustafa dan keluarganya difailkan pada 31 Oktober setelah aduan diterima daripada Rukhsana pada 26 Oktober. – Astro Awani

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13131

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12504

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news