Miri: Malang menimpa seorang lelaki apabila jentera pengaut yang dipandunya terbalik di Kampung Lusut tidak jauh dari Taman Tunku, Miri awal pagi tadi.
Menurut info awal mangsa yang berusia 51 tahun disahkan maut serta merta di tempat kejadian iaitu kawasan tapak pembinaan tempat mangsa bekerja.
Jentera pengaut yang dipandu mangsa dikatakan secara tiba-tiba hilang kawalan lalu terbalik di tebing. Setakat ini mayat telah pun dihantar ke hospital untuk tindakan selanjutnya – Kamek Miak Sarawak