Pemuda Batal niat terjun laut selepas sejam dipujuk bomba di Bintulu 0 7884

Pemuda berusia 23 tahun itu dihantar ke Hospital Bintulu untuk menjalani pemeriksaan menggunakan ambulans Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS).

BINTULU: Cubaan seorang pemuda yang dipercayai ingin membunuh diri dengan terjun ke laut di pantai Tanjung Batu berjaya digagalkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, sekitar pukul 10 malam tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu Mohamad Meramit, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat mengenai seorang lelaki yang dikatakan cuba membunuh diri di pantai berkenaan.

“Sejurus sampai di lokasi kejadian, kita dapati seorang pemuda sedang berdiri di tepi pantai dan ingin terjun ke laut.

“Pihak bomba mengambil masa selama satu jam bagi memujuk pemuda terbabit, sebelum membawanya ke Hospital Bintulu bagi tujuan pemeriksaan lanjut,” ujarnya.

Setakat ini motif lelaki berusia 23 tahun itu cuba membunuh diri masih belum dapat diketahui. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13070

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news