Kuching: Kes seorang lelaki yang ditemui mati tergantung di sebatang pokok di Kampung Paya Mebi semalam dipercayai berpunca dari kecewakan lelaki tersebut selepas mengesyaki kekasihnya curang.
Menurut info, pihak polis telah menjumpai sebuah buku dalam keadaan terkoyak di dalam bilik mangsa.
Di dalam buku berkenaan terdapat gambar mangsa bersama teman wanitanya dan satu nota yang ditulis oleh mangsa.
Dalam nota tersebut, mangsa telah menulis yang beliau kecewa setelah mengetahui teman wanitanya curang dan beliau juga telah menulis yang dia mahu pergi dari hidup teman wanitanya tersebut.
Setakat ini kes masih dalam siasatan dan pihak polis masih lagi menunggu keputusan hasil bedah siasat mayat. – Kamek Miak Sarawak