Pengguna nikmati pengurangan harga jalur lebar talian tetap 0 5909

PUTRAJAYA: Pengguna akan menikmati harga jalur lebar talian tetap lebih rendah kini iaitu pengurangan hingga 56 peratus apabila empat syarikat telekomunikasi mengumumkan pakej-pakej jalur lebar talian tetap yang baharu hari ini, demikian menurut kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini.

Menurut MCMC, pengumuman keempat-empat syarikat telekomunikasi iaitu Telekom Malaysia (TM), Maxis, TIME dotcom (TIME) dan Celcom adalah ekoran saranan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo supaya menawarkan jalur lebar talian tetap pada harga yang lebih berpatutan kepada rakyat lanjutan daripada pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP).

“Kesemua syarikat telekomunikasi kini menawarkan pakej permulaan di bawah RM100 beserta pakej-pakej yang menawarkan kelajuan yang lebih tinggi pada harga yang lebih rendah,” kata kenyataan itu lagi.

Jelas MCMC, pakej permulaan TM bagi 30 Megabits sesaat (Mbps) sebelum MSAP pada kadar RM139 kini berharga RM79, sementara pakej permulaan Celcom 40 Mbps selepas MSAP berkurangan kepada RM80 daripada RM180, pakej permulaan Maxis 30 Mbpssebelum MSAP pada kadar RM139 kini menjadi RM89 dan pakej permulaan TIME 100 Mbps pada harga RM149 sebelum MSAP kini RM99.

Katanya, pakej TIME pada kelajuan 500 Mbps kini berharga RM139 sementara pakej TIME dengan kelajuan 1 gigabit sesaat (Gbps) kini berharga RM199.Tambah MCMC, pelaksanaan MSAP dan penurunan harga ekoran pelaksanaan tersebut adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk menyediakan jalur lebar yang berkualiti tinggi dan bertaraf dunia pada harga yang berpatutan.

“MCMC akan terus bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk terus meningkatkan kualiti jalur lebar di Malaysia,” katanya lagi.– Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13914

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news