Teka-teki adakah Kerajaan Sarawak akan serius menubuhkan stesen TV sendiri akhirnya terjawab semalam di program Lan Berambeh Anak Sarawak 2018 di Mitec Kuala Lumpur.
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari telah mengumumkan bahawa Kerajaan Sarawak akan menubuhkan stesen TV di Townhall Bersama YAB Ketua Menteri Sarawak dalam segmen khas iaitu #TanyakAbgJo
Pengumuman Ketua Menteri tersebut telah mendapat tepukan gemuruh dari anak-anak Sarawak yang hadir ke program tersebut. – Kamek Miak Sarawak