Bau: Seorang lelaki bersama 4 orang penumpang hampir maut setelah kereta yang dipandu hilang kawalan lalu terbabas ke dalam gaung sedalam 5 meter di Kampung Skiat, Bau sekitar jam 12 tengah malam tadi.
Menurut info awal kesemua mangsa yang berada dalam kereta jenis Produa Myvi selamat apabila berjaya keluar dari kereta hasil bantuan orang ramai yang berada di lokasi kemalangan.
Setakat ini dilaporkan hanya seorang sahaja mangsa yang cedera di punggung dan kemudian dihantar ke hospital untuk tindakan selanjutnya. – Kamek Miak Sarawak