1. Gadis Sarawak pandai dan rajin bab masak memasak. Jadi mana-mana jejaka yang mahu menyunting gadis Sarawak sebagai suri hati tidak perlu risau, kerana dapur anda pasti berasap setiap hari.
2. Gadis Sarawak rajin mengemas rumah. Kerana sejak kecil gadis Sarawak diajar untuk menjaga kebersihan. Jadi jangan hairan jika melihat gadis Sarawak berleter atau “ngerepak” ( kata orang Sarawak) jika melihat rumah berselerak, kerana gadis Sarawak pantang melihat rumah berselerak.
3. Gadis Sarawak memiliki daya pemikat yang cukup kuat. Jadi adalah sesuatu yang tidak menghairankan, jika ada jejaka “anggau” bila terpandang gadis Sarawak kerana jelingan gadis Sarawak bisa “meruntuhkan” iman lelaki.
4. 75% gadis Sarawak yang terdiri dari lebih 60 suku, kaum dan etnik memiliki kecantikan semulajadi. Jadi tidak menghairankan gadis Sarawak tetap kelihatan cantik dan anggun walaupun tanpa bersolek.
5. Majoriti gadis Sarawak sangat setia kepada sesuatu “perhubungan”. Namun gadis Sarawak akan berdendam sampai “mati” sekiranya ada jejaka yang ‘merosakan’ hidup serta cinta mereka. – Kamek Miak Sarawak