11 maut, enam cedera serangan rumah ibadat Yahudi 0 5817

PITTSBURGH: Sebelas orang maut dan enam lagi cedera apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang ke arah sekumpulan penganut Yahudi yang sedang mengadakan upacara penamaan bayi di rumah ibadat kaum itu di sini semalam.

Penyerang itu, disahkan oleh polis sebagai penduduk tempatan, Robert Bowers dilaporkan berulang kali melaungkan jeritan “Semua Yahudi perlu mati” semasa menyerbu masuk rumah ibadat Tree of Life ketika ramai pengikut agama itu sedang mengikuti upacara keagamaan Sabbath. Dia dipindahkan ke hospital berdekatan sebaik diletakkan di bawah tahanan polis.

Presiden Amerika Donald Trump menyifatkan serangan itu sebagai satu pembunuhan besar-besaran, merujuk kepada peningkatan unsur kebencian di Amerika manakala anak perempuannya, Ivanka yang sudah memeluk Judaism menganggap kejadian terbabit sebagai tidak bermoral.

“Seharusnya tidak wujud tolak ansur untuk anti Semitism,” kata Trump pada satu perhimpunan di Indianapolis.

“Pembunuhan besar-besaran ini amat jahat dan sukar dipercayai. Fikiran kita tidak akan boleh memahami bagaimana kebencian kejam dan dendam boleh membuatkan seseorang melakukan keganasan yang amat dahsyat semasa upacara penamaan bayi dilakukan,” katanya.

Pengarah keselamatan awam Pittsburgh dalam satu sidang media berkata, 11 orang maut dan enam tercedera, tidak termasuk penyerang. Kesemua mangsa disahkan sebagai individu dewasa.

Pihak berkuasa yang menyiasat insiden berkenaan sebagai jenayah berunsurkan kebencian berkata, Bower menggunakan rifel dan sekurang-kurangnya tiga pistol untuk melakukan serangan.

Hissrich terdahulu menggambarkan lokasi kejadian sebagai menakutkan.

“Ia antara yang terburuk pernah saya lihat. Saya pernah berada di lokasi nahas pesawat terhempas. Ia amat teruk,” latanya. – AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news